Home » News & Events » Deligasi Seni Khat Restu College 2017

Deligasi Seni Khat Restu College 2017

Deligasi Seni Khat merupakan program Bengkel Khat yang telah diadakan di Indonesia pada 20hb – 24hb Oktober 2017 anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Antarabangsa Restu.

Secara keseluruhan program ini telah berlangsung selama sehari yang bertempat di beberapa Pesantren di Indonesia antaranya ialah Pondok Pesantren Gading Mangu, Perak, Jombang, Pondok Pesantren Walibarakah, Burengan, Kediri, Pondok Pesantren Seruni, Sidoarjo dan Pondok Pesantren Nurul Hakim, Kaliawen.

Progran Bengkel Khat ini adalah bermatlamat untuk mencungkil kemahiran pelajar-pelajar serta dapat meningkatkan lagi minat dan cinta mereka terhadap tulisan seni khat.

Antara aktiviti yang telah dijalankan dalam Program Deligasi Seni Khat ini adalah perkongsian ilmiah, kursus Kaligrafi dan booth Kaligrafi.

Pencapaian

Hasil dari bengkel ini semua pelajar dapat mempelajari asas kaedah seni khat dan pengenalan mengenai seni khat. Hasilnya program ini selesai dengan jayanya. Selain itu kami berjaya mencapai matlamat program ini iaitu mencungkil kemahiran pelajar-pelajar serta dapat meningkatkan lagi minat mereka terhadap tulisan seni khat. Daripada apa yang dapat kami lihat setiap peserta sangat teruja dan bersungguh-sungguh untuk mempelajari seni khat ini. Selain daripada itu, kami dapat menjalinkan hubungan dua hala antara Kolej Antarabangsa Restu dengan pihak-pihak Pesantren yang kami kunjungi.

Galeri

Translate »