Home » News & Events » KEMPEN DERMA DARAH

KEMPEN DERMA DARAH

DD (10)

Bertarikh 2 May 2017, iaitu pada hari Selasa telah berlangsungnya Kempen Derma Darah yang telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Antarabangsa Restu. Kempen ini melibatkan penderma dikalangan pelajar dan juga kakitangan kolej.

DD (3)

Kempen Derma Darah ini telah bermula pada jam 10.00 pagi dan tamat sekitar jam 4.00 petang. Kempen ini telah dijalankan di ruang legar Kompleks SPACE U8, Bukit Jelutung. Terima kasih diucapkan kepada Pengurusan Kompleks SPACE U8 diatas kesudiaan memberi peluang dan menyediakan ruang untuk kempen ini dijalankan.

DD (7)

Kempen ini bertujuaan memberi peluang kepada pelajar Kolej Antarabangsa Restu membantu segala usaha pengumpulan darah yang selama ini diusahakan oleh Pusat Darah Negara. Selain itu, kempen ini juga telahpun mendapat perhatian warga Bukit Jelutong yang turut sama hadir menderma dan menjayakan kempen ini.

DD (4)

Adalah 1 kejayaan yang membanggakan apabila kempen ini berjaya mencapai sasaran penderma yang telah ditetapkan dan yang ingin dicapai. Kesungguhan pelajar yang diwakili oleh Majlis Perwakilan Pelajar dalam menjayakan kempen ini harus dipuji dan segala usaha mereka telahpun berjaya membantu Pusat Darah Negara.

 

TAHNIAH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ ANTARABANGSA RESTU..!!