Home » Uncategorized » Menyantuni Warga Muallaf Baitus Salam

Menyantuni Warga Muallaf Baitus Salam

Alhamdulillah, pada tarikh 9 September 2017 yang lalu, Kolej Antarabangsa Restu telah menerima jemputan daripada Pusat Perlindungan Muallaf Baitus Salam. Program ini merupakan satu program amal dan kebajikan yang menghubungkan pelajar, pensyarah dan warga muallaf.

WhatsApp Image 2017-09-21 at 11.10.25 AM

Didalam program ini, seramai 20 orang pelajar Kolej Antarabangsa Restu telah hadir seawal 9.00 pagi bagi memulakan misi penghasilan mural kalimah Tauhid di surat pusat perlindungan berkenaan. Program ini juga turut dihadiri oleh alumni dan pensyarah Kolej Antarabangsa Restu. Program ini tamat sekitar jam 4.00 petang hasil kerjasama dari semua pelajar yang hadir.

WhatsApp Image 2017-09-21 at 11.09.49 AM(1)

Pihak Pusat Perlindungan Muallaf juga telah menyediakan slot perkongsian bersama warga muallaf. Sepanjang program berlangsung, pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan 1 terlibat dalam penghasilan mural dan kumpulan 2 pula terlibat dengan sesi perkongsian bersama warga muallaf.

WhatsApp Image 2017-09-21 at 11.09.49 AM

Kami mendoakan agar Pusat Perlindungan ini dikurniakan rahmat dari ALLAH SWT sepanjang masa serta dikurniakan iman yang berterusan kepada warga muallaf. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Pusat Perlindungan Muallaf Baitus Salam kerana sudi menjemput kami dan seterusnya menymbangkan sedikit dakwah menerusi penulisan khat di surau.

Translate »