Home » Restu College » MAJLIS BERBUKA PUASA RIC 2017

MAJLIS BERBUKA PUASA RIC 2017

Pada tarikh 1, 8 dan 15 Jun 2017 telah dianjurkan satu program yang sangat bermakna oleh Kolej Antarabangsa Restu. Program ini adalah program anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar RIC.

WhatsApp Image 2017-08-28 at 10.56.26 AM

Program ini merupakan program berbuka puasa yang menggabungkan  serta melibatkan Kakitangan kolej, pelajar kolej dan pelajar Riyadh Restu (Tahfiz). Program ini telah bermula seawal jam 4.00 petang dan berakhir sekitar jam 10.00 malam.

WhatsApp Image 2017-08-28 at 10.56.27 AM(5)

Didalam program ini terdapat beberapa pengisian utama. Antaranya adalah sesi berbuka puasa dikalangan warga kolej. Pengisian ini dilihat telah mengeratkan hubungan dikalangan warga kolej.

WhatsApp Image 2017-08-28 at 10.56.28 AM(1)

Selepas berbuka puasa, program ini diteruskan lagi dengan menunaikan solat Maghrib, Isya’ dan Tarawih secara berjemaah. Solat Tarawih telah diimamkan oleh Sheikh Abdullah Sobhi Ahmed Marei dan pelajar-pelajar Tahfiz Riyadh Restu. Turut hadir sama didalam program ini ialah Yang Berbahagia Datuk Abdul Latiff Bin Mirasa.

WhatsApp Image 2017-08-28 at 10.56.28 AM

Untuk pengetahuan, Ridyadh Restu merupakan satu institusi Tahfiz yang bernaung di bawah Kolej Antarabangsa Restu. Pelajar-pelajar ini giat dalam proses penghafalan Al-Quran dan mereka juga dilatih untuk mengalunkan Qasidah.

WhatsApp Image 2017-08-28 at 10.56.27 AM(3)

Solat berjemaah yang diimamkan oleh pelajar-pelajar Tahfiz. Program ini telah berlangsung di Kompleks Space U8, Bukit Jelutong,  Selangor.

WhatsApp Image 2017-08-28 at 11.14.04 AM(1)

Barisan Majlis Perwakilan Pelajar RIC 2017 yang terlibat dalam penganjuran program ini. Terima kasih diucapkan diatas kerjasama dan komitmen yang diberikan.

WhatsApp Image 2017-08-28 at 11.14.05 AM

Antara pelajar wanita yang turut hadir dalam memeriahkan serta menjayakan program.

WhatsApp Image 2017-08-28 at 11.14.04 AM

Keharmonian dikalangan warga kolej, pelajar tahfiz dan masyarakat setempat yang turut hadir ketika menunaikan solat Tarawih secara berjamaah.

WhatsApp Image 2017-08-28 at 11.14.05 AM(1)

Sedikit gambaran ketika sesi berbuka puasa.

WhatsApp Image 2017-08-28 at 10.56.27 AM(4)

Tidak dilupakan juga, diucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Abdul Latiff Bin Mirasa diatas pemberian peruntukkan dalam menjayakan program ini. Didoalan semoga Allah mengurniakan kesejahteraan keatas beliau.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan dimasa akan datang. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga Allah merahmati dan memberkati. Sekian…….