SMART TAHFIZ Riyadh Restu SPM-Diploma 2018

Kolej Antarabangsa Restu, Shah Alam dengan kerjasama Yayasan Restu akan membantu pelajar-pelajar Madrasah Tahfiz di seluruh negara untuk mendapatkan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan meneruskan pengajian ke peringkat diploma.

*Terhad kepada 80 pelajar sahaja.

JANGKA MASA PENGAJIAN

1 Tahun (SPM) + 2 1/2 Tahun (Diploma)

 

SYARAT KELAYAKAN

– Pelajar yang berumur sekurang-kurangnya 17 tahun (2018)

– Pernah belajar di sekolah tahfiz

– Hafaz Al-quran – Minima 10 juzuk

– Boleh membaca, menulis & mengira

– Taraf kesihatan yang baik

 

KAEDAH PENGAJIAN

– Pelajar akan ditempatkan di Asrama Tahfiz Riyadh Restu, Kuang, Selangor

– Pelajar mendaftar 8 subjek, SPM 2018 seperti berikut :

1. Bahasa Malaysia

2. English

3. Sains

4. Matematik

5. Sejarah

6. Pendidikan Islam

7. Bahasa Arab

8. Al-quran & Sunnah

– Pembelajaran berorientasikan “student-centered” oleh guru-guru berpengalaman

– Berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma di Kolej Antarabangsa Restu

– Peluang Kerjaya bersama Yayasan Restu

 

HALA TUJU PROGRAM SMART TAHFIZ RIYADH RESTU SPM-DIPLOMA 2018

program smart tahfiz

 

UNTUK KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI :

PEMASARAN  : 013 – 309 8851

PEJABAT : 03 – 5030 2520

13 thoughts on “SMART TAHFIZ Riyadh Restu SPM-Diploma 2018

    • Assalamualaikum Muhd Hazwan,

      Sempat lagi tuan . Untuk pendaftaran, encik boleh hubungi / whatsapp ke no 013-309 8851 (pemasaran)

    • Terima kasih atas pertanyaan En. Abdul Muiz,

      Untuk pendaftaran, encik boleh isi form di Pendaftaran menerusi dalam talian

      Encik juga boleh hubungi ke pihak pengurusan kami di 03-5030 2520 jika encik ingin bertanya sebarang persoalan mengenai pendaftaran dan kursus di Restu International College.

      Terima kasih.

  1. Assalamualaikum…
    Anak saya dh berumur 17 thn pd thn ini dan masih menuntut di Maahad Tahfiz di Sri Muda, Shah Alam. Jika anak saya ingin mengambil SPM pada tahun ini dan belajar di tempat tuan, masih sempat lagi ke?

    Terima kasih.

    • Waalaikummusalam Tuan Kamaruddin Mohamed,

      Terima kasih atas pertanyaan tuan. Untuk penerangan lebih lanjut, boleh saya dapatkan nombor telefon tuan? Supaya pihak pengurusan kami boleh menghubungi tuan dan jelaskan dengan lebih teliti. Tuan juga boleh tinggalkan pesanan SMS atau Whatsapp ke nombor 013-3098851 (Unit Pemasaran).

      Sekian Terima kasih.

  2. Assalamualaikum..

    Sy dh call no yg tuan bagi (013-3098851) dan juga wassap tetapi xde respon pun…

    Ada no tel lain ke tuan..?

    Terima kasih.

    • Waalaikummusalam En. Kamaruddin Mohamed,

      Maaf atas kesulitan tuan. Pihak kami sudah respon menerusi aplikasi Whatsapp tuan.

      Sekian terima kasih.

  3. Assalamu’alaikum wbt

    Anak saya berusia 18 tahun. Telah tamat 30 juzuk hafazan. Berhasrat ini mengambil SPM tahun depan. Bila boleh mendaftar, Tuan.

    Terima kasih.

    • Waalaikummussalam wbt,

      Tuan boleh berdaftar untuk tahun hadapan sekarang. Untuk pendaftaran, tuan boleh hubungi/Whatsapp ke 013-3098851 bagi pihak pengurusan menguruskan pendaftaran anak tuan.

      Sekian terima kasih.

  4. Assalamualaikum wbt,

    Anak saya 17 thn dan sedang belajar di Maahad Tahfiz Vokasional di Manjung tetapi memandang kan tahun ini dia hanya layak menduduki SKM (Sijil Kemahiran Msia) boleh ke jika saya memohon untuk kemasukan 2019 bg membolehkan dia mengambil SPM di Riyadh Restu.
    Mohon penjelasan.

    • Waalaikummusalam wbt,

      Terima kasih atas pertanyaan tuan.

      Pihak pegawai kami sedia membantu tuan. Mohon tuan untuk Whatsapp ke nombor 013-3098851 (Unit Pengurusan Pemasaran) untuk penjelasan lebih lanjut. Di situ juga pihak pegawai kami akan memberi penerangan mengenai proses permohonan di Riyard Restu dan langkah-langkah seterusnya.

      Sekian terima kasih.

      Admin,
      Restu International College

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *