Karnival dikenali sebagai Karnival Pendidikan Tinggi Negara telah dilangsukan buat kali Ke-11 (2015). Karnival yang memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar melanjutkan pengajian terutama untuk lepasan SPM 2014 telah bermula pada 14 Februari sehingga April 2015 di lokasi-lokasi terpilih seluruh Malaysia.
Acara karnival Jom Masuk U ini merupakan program tahunan yang sering dinanti-nantikan oleh para pelajar lepasan SPM dan STPM yang baru sahaja menghabiskan peperiksaan. Tujuan utama Karnival Jom Masuk U 2015 adalah untuk membuka peluang dan pendedahan kepada pelajar serta calon lepasan SPM serta STPM mengengai program atau kursus yang ditawarkan di Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia.
No responses yet