Bengkel Khat di Sekolah Agama Menengah Nurul Iman Bukit Cherakah

Bengkel Khat Restu International College merupakan kelas memperkenalkan seni Kaligrafi Islam kepada pelajar-pelajar dan warga Malaysia. Ianya juga merupakan inisiatif Kolej Antarabangsa Restu untuk memperkenalkan satu-satunya program Diploma Seni Mushaf dan Kaligrafi yang terdapat di Malaysia.

Untuk entri kali ini, Kolej Antarabangsa Restu atau lebih dikenali sebagai Restu International College telah mengadakan sesi Bengkel Khat di Sekolah Agama Menengah Nurul Iman atau nama ringkasnya SAM Nurul Iman atau SAMNI , merupakan sebuah Sekolah Agama Menengah yang terletak di Kampung Bukit Cherakah.

Seramai hampir 30 pelajar SAM Nurul Iman yang telah terlibat dalam program yang diketuai oleh pensyarah dan pelajar Kolej Antarabangsa Restu ini untuk mendalami Kaligrafi Islam.

Untuk pengetahuan anda, Bengkel Khat ini terbuka dan percuma kepada sekolah-sekolah di sekitar Shah Alam dan Selangor sahaja.

Di sini kami kongsikan gambar-gambar yang telah diambil sewaktu Bengkel Khat di SAM Nurul Iman pada 20hb April 2018 yang lalu.

Penyertaan Bengkel Khat

Jika berminat, sila sertakan maklumat anda seperti contoh berikut dan hubungi/Whatsapp kepada pihak Pemasaran kami di 013-3098851.

Contoh Maklumat
Nama Sekolah:
Tarikh & Masa:
Jumlah Pelajar:
Petugas:


 

Anda juga mungkin berminat:

Bengkel Khat Anjuran Restu International College di SAM Haji Dorani (Klik Di Sini)

Restu International College di Karnival Pendidikan Melaka 2018

Pada 29 Mac 2018 yang lalu, pihak Restu International College telah menyertai Karnival Pendidikan Melaka 2018 yang berlangsung di M.I.T.C, Melaka. Di mana selain daripada mempromosikan program-program Diploma dan Ijazah Muda yang ditawarkan di Kolej Restu, kami juga telah mengadakan demonstrasi Khat, seni Kaligrafi dan jualan untuk produk-produk Yayasan Restu dari The Best Deals Store, portal beli belah (www.thebestdealsstore.com).

Jutaan terima kasih kepada pengunjung kami di Karnival Pendidikan Melaka 2018 yang telah diadakan di M.I.T.C Melaka dari 29 Mac 2018 sehingga 1 April 2018 yang lalu.