Bengkel Khat di Sekolah Agama Menengah Nurul Iman Bukit Cherakah

Bengkel Khat Restu International College merupakan kelas memperkenalkan seni Kaligrafi Islam kepada pelajar-pelajar dan warga Malaysia. Ianya juga merupakan inisiatif Kolej Antarabangsa Restu untuk memperkenalkan satu-satunya program Diploma Seni Mushaf dan Kaligrafi yang terdapat di Malaysia.

Untuk entri kali ini, Kolej Antarabangsa Restu atau lebih dikenali sebagai Restu International College telah mengadakan sesi Bengkel Khat di Sekolah Agama Menengah Nurul Iman atau nama ringkasnya SAM Nurul Iman atau SAMNI , merupakan sebuah Sekolah Agama Menengah yang terletak di Kampung Bukit Cherakah.

Seramai hampir 30 pelajar SAM Nurul Iman yang telah terlibat dalam program yang diketuai oleh pensyarah dan pelajar Kolej Antarabangsa Restu ini untuk mendalami Kaligrafi Islam.

Untuk pengetahuan anda, Bengkel Khat ini terbuka dan percuma kepada sekolah-sekolah di sekitar Shah Alam dan Selangor sahaja.

Di sini kami kongsikan gambar-gambar yang telah diambil sewaktu Bengkel Khat di SAM Nurul Iman pada 20hb April 2018 yang lalu.

Penyertaan Bengkel Khat

Jika berminat, sila sertakan maklumat anda seperti contoh berikut dan hubungi/Whatsapp kepada pihak Pemasaran kami di 013-3098851.

Contoh Maklumat
Nama Sekolah:
Tarikh & Masa:
Jumlah Pelajar:
Petugas:


 

Anda juga mungkin berminat:

Bengkel Khat Anjuran Restu International College di SAM Haji Dorani (Klik Di Sini)

Kunjungi Booth Restu College di Karnival Pendidikan Melaka 2018

Karnival Pendidikan Melaka Restu College

SERTAI KAMI, RESTU INTERNATIONAL COLLEGE (No. Booth: 24) DI KARNIVAL PENDIDIKAN MELAKA 2018 PADA 29 MAC – 1 APRIL 2018 INI!

Karnival Pendidikan Melaka 2018 akan diadakan di Hall B, MITC Ayer Keroh, Melaka bermula jam 8 pagi sehingga 10 malam.

APA YANG MENARIK DI BOOTH KAMI?

  • Restu International College akan mengadakan Tawaran Istimewa untuk Program-program Diploma kami. Jika anda ingin melanjutkan pengajian Diploma di Shah Alam? Jangan lupa untuk singgah ke booth kami!
  • Pameran Kesenian Islam hasil tangan pelajar Restu International College seperti Khat dan Lukisan. Pengunjung kami juga berpeluang untuk mendapat penanda buku (bookmark) yang akan dituliskan nama pengunjung dalam Kaligrafi!
  • Dengan kerjasama Yayasan Restu, pihak kami juga akan menjual al-Quran yang Terlaris di Yayasan Restu iaitu al-Quran Perkata Terjemahan Lafziyyah!
  • Pengenalan mengenai Program-program yang ada di Restu International College terutamanya program Diploma yang satu-satu di Malaysia iaitu Seni Mushaf dan Kaligrafi. Kami juga mempunyai pelbagai program Islamik yang menarik seperti Islamik Pendidikan Awal Kanak-kanak, Tahfiz & Qiraat dan juga Pengajian al-Quran dan Bahasa Arab.

Temui kami di sana!

Program Pertandingan Khat Restu International College 2.0

pertandingan khat restu international college

Alhamdulillah, Sekali lagi Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Antarabangsa Restu telah berjaya dalam menganjurkan program Pertandingan Khat Restu International College 2.0 yang bertempat di Masjid Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.

Program ini telah berjalan dengan baik dan berjaya mencapai objektif. Semoga program ini mendatangkan manfaat kepada semua pelajar yang terlibat.

Terima kasih kepada Staff, Pegawai HEP, Pensyarah, pihak pengurusan Masjid Seksyen 7 Shah Alam, ahli MPP dan peserta diatas kerjasama dalam penganjuran program.

Mewakili barisan MPP, kami memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang program berlangsung. Semoga bertemu lagi dalam program anjuran MPP yang akan datang.

pertandingan khat restu international college pertandingan khat restu international college pertandingan khat restu international college

Sekian,terima kasih.
(Muhammad Naqeeb bin Mohammad Luthfi)
Pengarah Program
Exco Komunikasi dan perhubungan luar