KEMASUKKAN PELAJAR SESI APRIL 2017

mks (5)

Pada 4 April 2017, telah berlangsungnya kemasukkan pelajar baharu bagi sesi April 2017. Pendaftaran kemasukkan pelajar ke Kolej Antarabangsa Restu telah dijalankan di KOMPLEKS SENI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR, No. 2A, Persiaran Damai, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor.

mks (4)

Kemasukkan pelajar ke Kolej Antarabangsa Restu dijalankan pada setiap tahun dan sambutan kemasukkan begitu memberangsangkan.

mks (7)

Pelbagai jurusan ditawarkan oleh Kolej Antarabangsa Restu kepada lepasan SPM mahupun STPM. Pelajar juga berpeluang mendalami ilmu pengajian Al-Quran secara bersanad.

mks (10)

Kemasukkan pelajar juga turut dibantu oleh Majlis Perwakilan Pelajar dalam memastikan segala urusan pendaftaran pelajar baharu berjalan dengan baik dan lancar.

mks (3)

Pelajar baharu yang telah mendaftar di Kolej Antarabangsa Restu mengikuti program Orientasi yang juga dikenali sebagai Minggu Karisma Siswa (MKS).

mks (1)

Program Orientasi MKS ini dijalankan selama 4 hari dan bertujuan memberi gambaran tentang perjalanan pembelajaran di Kolej Antarabangsa Restu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *