Pada 13 Jun 2017 iaitu pada hari Selasa telah berlangsungnya Pertandingan Seni Khat Kolej Antarabangsa Restu. Pertandingan ini merupakan pertandingan tertutup yang melibatkan Pelajar Kolej Antarabangsa Restu. Pertandingan ini telah dijalankan di perkarangan ruang legar Space U8, Bukit Jelutong, Shah Alam.
Program seumpama ini julung kali dianjurkan oleh pihak Hal Ehwal Pelajar Kolej Antarabangsa Restu dengan kerjasama daripada Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Antarabangsa Restu. Sebanyak 6 buah kumpulan yang terdiri dari kalangan pelajar telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Jumlah pelajar yang terlibat dengan pertandingan ini ialah seramai 18 orang.
Keunikan pertandingan ini adalah setiap kumpulan perlulah dianggotai oleh 2 orang pelajar dari jurusan Seni Mushaf dan 1 orang lagi pelajar adalah dari jurusan lain. Ini telah menarik perhatian pelajar dari jurusan lain yang terdapat di Kolej Antarabangsa Restu untuk merasai terlibat dalam pembikinan seni khat dan melibatkan diri didalam pertandingan.
Pertandingan ini juga merupakan program pengisian ketika menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Tema yang ditetapkan oleh pihak penganjur adalah “Zikir dan Doa”.
Matlamat pertandingan ini adalah untuk mengeratkan hubungan pelajar Kolej Antarabangsa Restu yang berlainan jurusan dan seterusnya memuliakan kedatangan bulan Ramadhan. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan dalam mengangkat seni khat dalam kalangan jiwa anak muda.
No responses yet