Kursus Jangka Pendek Kaligrafi Restu International College 2018

Mari Sertai Kursus Jangka Pendek Khat Kelas Reqaah yang akan bermula pada 7 Julai 2018 ini!

kursus jangka pendek kaligrafi restu college

Kursus ini memberi peluang kepada semua golongan atas 15 tahun untuk mempelajari pelbagai jenis dan gaya tulisan kaligrafi arab. Fokus kami adalah menyediakan kelas supaya dapat mencungkil minat masyarakat tempatan untuk belajar kaligrafi dan kesenian Islam.

***********************************************
Pilihan Kursus: Kelas Khat Reqaah
Tarikh: Bermula 7 Julai 2018 (Hari Sabtu)
Masa: 11 Pagi – 1 Petang
Tempat : Restu International College, Tingkat 2,Space U8, No 6, Persiaran Pasak Bumi,Taman Bukit Jelutong, Seksyen U8,40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
***********************************************

Untuk pendaftaran, sila hubungi di talian berikut:
03-50302520
013 – 3098851 (DM WhatsApp -> Klik di sini “Saya Berminat”)

  • SIJIL disediakan untuk pelajar yang menamatkan kursus dengan jayanya.
  • KURSUS TERBUKA kepada semua peserta berumur 15 tahun ke atas.

Untuk maklumat lanjut sila ke laman Web Kami:
www.restucollege.edu.my

Bengkel Khat Restu College di Sekolah Agama Menengah Haji Dorani

Sekitar Bengkel Khat anjuran Restu College di Sekolah Agama Menengah Haji Dorani pada 6 April 2017.

Seramai 32 pelajar terlibat dalam program yang diketuai oleh pensyarah dan pelajar Kolej Antarabangsa Restu ini untuk mendalami Kaligrafi Islam.

Bengkel Khat ini terbuka dan percuma kepada sekolah-sekolah di sekitar Shah Alam dan Selangor sahaja.

Jika berminat, sila sertakan maklumat anda seperti contoh berikut dan hubungi/Whatsapp kepada pihak Pemasaran kami di 013-3098851.

Contoh Maklumat
Nama Sekolah:
Tarikh & Masa:
Jumlah Pelajar:
Petugas:

Bengkel Khat Restu College di SAMT Sultan Hisamuddin Klang

Sekitar Bengkel Khat anjuran Restu College di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang pada 27 Mac 2017.

Seramai hampir 100 pelajar terlibat dalam program yang diketuai oleh pensyarah dan pelajar Kolej Antarabangsa Restu ini untuk mendalami Kaligrafi Islam.

Bengkel Khat ini terbuka dan percuma kepada sekolah-sekolah di sekitar Shah Alam dan Selangor sahaja.

Jika berminat, sila sertakan maklumat anda seperti contoh berikut dan hubungi/Whatsapp kepada pihak Pemasaran kami di 013-3098851.

Contoh Maklumat
Nama Sekolah:
Tarikh & Masa:
Jumlah Pelajar:
Petugas:

Kami sedia membantu anda, hubungi pihak pengurusan kami:
H/P: 013-3098851
Pejabat: 03-50302520

Pameran Seni Mushaf dan Kaligrafi Restu International College di Hari Informasi Kerjaya Daerah Petaling Perdana 2018

Pameran Hari Informasi Kerjaya Daerah Petaling Perdana

Pada 1 Mac 2018 yang lalu, Restu International College telah menyertai Program Pameran Hari Informasi Kerjaya Daerah Petaling Perdana 2018 yang bertempat di SMK Bandar Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor.

Selain daripada mempromosikan kursus-kursus Diploma dan Ijazah Muda yang ditawarkan oleh Kolej, Restu International College juga telah mengadakan sesi pertunjukan penulisan seni Mushaf dan Kaligrafi.

Pelajar-pelajar yang menghadiri booth Restu International College pada hari itu juga dihadiahkan petanda buku khat yang dituliskan nama mereka dalam bahasa Jawi dengan seni Kaligrafi.

Restu International College merupakan satu-satunya kolej di Malaysia dan rantau Asia Pasifik yang menawarkan kursus program Diploma dalam Seni Islam Kaligrafi. Untuk pengetahuan semua, terdapat pelajar dari Brunei, Thailand, Nigeria, Indonesia yang pernah menuntut pengajian di Restu International College.

Ketahui lebih lanjut >> Program Diploma Seni Mushaf dan Kaligrafi di Restu International College

Pameran Hari Informasi Kerjaya Daerah Petaling Perdana Pameran Hari Informasi Kerjaya Daerah Petaling PerdanaPameran Hari Informasi Kerjaya Daerah Petaling Perdana Pameran Hari Informasi Kerjaya Daerah Petaling Perdana