Restu International College Celebrate Eid al-Fitr 2018

With Syawal comes to an end, Restu International College with Space U8 management has organize an Eid al-Fitr for the students, parents, college’s staff and along with public.

There are estimated around 10,000 people has come to visit the TTDI Jaya’s Shopping Mall and attended the event celebration.

Besides sponsoring few booths and gives visitors a bookmark with written their name in Arabic Calligraphy. The Islamic art was performed by our Diploma Fine Arts & Calligraphy’s students.

Learn more about Diploma In Fine Arts & Calligraphy

The Eid al-Fitr also attended by Datuk Abdul Latiff Mirasa, Chairman of Restu International College & Restu Foundation.

Bengkel Khat Bersama Pelajar Maahad Tahfiz Ismail Sempena Program Iktikaf Perdana

PUNCAK ALAM – Sekitar Bengkel Khat Restu International College kepada pelajar Maahad Tahfiz Ismail sempena Karnival Ramadhan Program Iktikaf Perdana Restu International College pada 1 hingga 3 Jun 2018 di Masjid Puncak Alam.

Hampir 50 pelajar Maahad Tahfiz Ismail yang terlibat dalam Bengkel Khat kali ini. Untuk pengetahuan anda, Restu International College juga pernah mengadakan Bengkel Khat untuk peringkat Sekolah di sekitar daerah Selangor.

Artikel: Bengkel Khat Sekolaj Agama Menengah Nurul Iman Bukit Cherakah

Bengkel Khat ini adalah terbuka dan percuma kepada sekolah-sekolah di sekitar Shah Alam dan Selangor sahaja.


Penyertaan Bengkel Khat

Jika berminat, sila sertakan maklumat anda seperti contoh berikut dan hubungi/Whatsapp kepada pihak Pemasaran kami di 013-3098851.

Contoh Maklumat
Nama Sekolah:
Tarikh & Masa:
Jumlah Pelajar:
Petugas:


Karnival Ramadhan Program Iktikaf Perdana

PUNCAK ALAM – Karnival Ramadhan Program Iktikaf Perdana Restu International College (RIC) anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 1 sehingga 3 Jun 2018 bertempat di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Seramai 21 pelajar dan 3 pensyarah kolej yang terlibat dalam program Iktikaf Perdana RIC tahun ini.

Antara program yang telah dijalankan oleh Pelajar Restu International College ialah Forum Nuzul Al-Quran bersama YBhg. Dato’ Sharhan bin Shafie dan Ustaz Haslin bin Baharin selaku Ahli Lembaga Penasihat Masjid Puncak Alam).

Pihak kolej juga ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang terlibat kerana berjaya menjalankan program dengan lancar dan teratur. Harap lebih banyak lagi program-program sebegini yang akan dianjurkan oleh MPP Restu International College.

Ketahui lebih lanjut mengenai program Diploma yang ditawarkan Restu International College www.restucollege.edu.my.

Program “Jom Ke Pangkor” 2018

Program Jom Ke Pangkor Restu International College

Assalamualaikum.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada semua pelajar jurusan Diploma di Restu International College yang menjayakan Program “Jom Ke Pangkor” pada 17 March 2018 (Sabtu) – 18 March 2018 (Ahad).

Saya sebagai pengarah program, mewakili pihak KeSIP ingin memohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan yang berlaku sepanjang program berlangsung.

Terima kasih sekali lagi atas kerjasama yang diberikan. Diharapkan program-program yang akan dianjurkan selepas ini akan terus mendapat sokongan daripada anda.

Syabas dan tahniah untuk semua!

Mohamad Syazmein B. Mohamad Shuhaini
(Presiden Islamic Art Pangkor Club Restu International College (KeSIP)

Bengkel Khat di Sekolah Agama Menengah Nurul Iman Bukit Cherakah

Bengkel Khat Restu International College merupakan kelas memperkenalkan seni Kaligrafi Islam kepada pelajar-pelajar dan warga Malaysia. Ianya juga merupakan inisiatif Kolej Antarabangsa Restu untuk memperkenalkan satu-satunya program Diploma Seni Mushaf dan Kaligrafi yang terdapat di Malaysia.

Untuk entri kali ini, Kolej Antarabangsa Restu atau lebih dikenali sebagai Restu International College telah mengadakan sesi Bengkel Khat di Sekolah Agama Menengah Nurul Iman atau nama ringkasnya SAM Nurul Iman atau SAMNI , merupakan sebuah Sekolah Agama Menengah yang terletak di Kampung Bukit Cherakah.

Seramai hampir 30 pelajar SAM Nurul Iman yang telah terlibat dalam program yang diketuai oleh pensyarah dan pelajar Kolej Antarabangsa Restu ini untuk mendalami Kaligrafi Islam.

Untuk pengetahuan anda, Bengkel Khat ini terbuka dan percuma kepada sekolah-sekolah di sekitar Shah Alam dan Selangor sahaja.

Di sini kami kongsikan gambar-gambar yang telah diambil sewaktu Bengkel Khat di SAM Nurul Iman pada 20hb April 2018 yang lalu.

Penyertaan Bengkel Khat

Jika berminat, sila sertakan maklumat anda seperti contoh berikut dan hubungi/Whatsapp kepada pihak Pemasaran kami di 013-3098851.

Contoh Maklumat
Nama Sekolah:
Tarikh & Masa:
Jumlah Pelajar:
Petugas:


 

Anda juga mungkin berminat:

Bengkel Khat Anjuran Restu International College di SAM Haji Dorani (Klik Di Sini)

Bengkel Khat Restu College di Sekolah Agama Menengah Haji Dorani

Sekitar Bengkel Khat anjuran Restu College di Sekolah Agama Menengah Haji Dorani pada 6 April 2017.

Seramai 32 pelajar terlibat dalam program yang diketuai oleh pensyarah dan pelajar Kolej Antarabangsa Restu ini untuk mendalami Kaligrafi Islam.

Bengkel Khat ini terbuka dan percuma kepada sekolah-sekolah di sekitar Shah Alam dan Selangor sahaja.

Jika berminat, sila sertakan maklumat anda seperti contoh berikut dan hubungi/Whatsapp kepada pihak Pemasaran kami di 013-3098851.

Contoh Maklumat
Nama Sekolah:
Tarikh & Masa:
Jumlah Pelajar:
Petugas:

Bengkel Khat Restu College di SAMT Sultan Hisamuddin Klang

Sekitar Bengkel Khat anjuran Restu College di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang pada 27 Mac 2017.

Seramai hampir 100 pelajar terlibat dalam program yang diketuai oleh pensyarah dan pelajar Kolej Antarabangsa Restu ini untuk mendalami Kaligrafi Islam.

Bengkel Khat ini terbuka dan percuma kepada sekolah-sekolah di sekitar Shah Alam dan Selangor sahaja.

Jika berminat, sila sertakan maklumat anda seperti contoh berikut dan hubungi/Whatsapp kepada pihak Pemasaran kami di 013-3098851.

Contoh Maklumat
Nama Sekolah:
Tarikh & Masa:
Jumlah Pelajar:
Petugas:

Kami sedia membantu anda, hubungi pihak pengurusan kami:
H/P: 013-3098851
Pejabat: 03-50302520

Kunjungi Booth Restu College di Karnival Pendidikan Melaka 2018

Karnival Pendidikan Melaka Restu College

SERTAI KAMI, RESTU INTERNATIONAL COLLEGE (No. Booth: 24) DI KARNIVAL PENDIDIKAN MELAKA 2018 PADA 29 MAC – 1 APRIL 2018 INI!

Karnival Pendidikan Melaka 2018 akan diadakan di Hall B, MITC Ayer Keroh, Melaka bermula jam 8 pagi sehingga 10 malam.

APA YANG MENARIK DI BOOTH KAMI?

  • Restu International College akan mengadakan Tawaran Istimewa untuk Program-program Diploma kami. Jika anda ingin melanjutkan pengajian Diploma di Shah Alam? Jangan lupa untuk singgah ke booth kami!
  • Pameran Kesenian Islam hasil tangan pelajar Restu International College seperti Khat dan Lukisan. Pengunjung kami juga berpeluang untuk mendapat penanda buku (bookmark) yang akan dituliskan nama pengunjung dalam Kaligrafi!
  • Dengan kerjasama Yayasan Restu, pihak kami juga akan menjual al-Quran yang Terlaris di Yayasan Restu iaitu al-Quran Perkata Terjemahan Lafziyyah!
  • Pengenalan mengenai Program-program yang ada di Restu International College terutamanya program Diploma yang satu-satu di Malaysia iaitu Seni Mushaf dan Kaligrafi. Kami juga mempunyai pelbagai program Islamik yang menarik seperti Islamik Pendidikan Awal Kanak-kanak, Tahfiz & Qiraat dan juga Pengajian al-Quran dan Bahasa Arab.

Temui kami di sana!

Program Pertandingan Khat Restu International College 2.0

pertandingan khat restu international college

Alhamdulillah, Sekali lagi Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Antarabangsa Restu telah berjaya dalam menganjurkan program Pertandingan Khat Restu International College 2.0 yang bertempat di Masjid Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.

Program ini telah berjalan dengan baik dan berjaya mencapai objektif. Semoga program ini mendatangkan manfaat kepada semua pelajar yang terlibat.

Terima kasih kepada Staff, Pegawai HEP, Pensyarah, pihak pengurusan Masjid Seksyen 7 Shah Alam, ahli MPP dan peserta diatas kerjasama dalam penganjuran program.

Mewakili barisan MPP, kami memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang program berlangsung. Semoga bertemu lagi dalam program anjuran MPP yang akan datang.

pertandingan khat restu international college pertandingan khat restu international college pertandingan khat restu international college

Sekian,terima kasih.
(Muhammad Naqeeb bin Mohammad Luthfi)
Pengarah Program
Exco Komunikasi dan perhubungan luar

Pertandingan Futsal Restu International College 2018

Pertandingan Futsal Restu International College

Pada 4 Mac 2018 yang lalu, Restu International College telah mengadakan Pertandingan Futsal Kolej 2018 di antara pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar dan juga kakitangan kolej bertempat di Futsal Wembley Seksyen 17 Shah Alam, Selangor.

Tahniah kepada pemenang yang terdiri daripada pasukan kakitangan kolej dan diikuti oleh pasukan pra Diploma. ekali lagi kepada semua pasukan yang terlibat.

Semoga Allah menyatukan hati2 kita melalui aktiviti ini. Amin.

Pertandingan Futsal Restu International College Pertandingan Futsal Restu International College Pertandingan Futsal Restu International College Pertandingan Futsal Restu International College Pertandingan Futsal Restu International College