Karnival Ramadhan Program Iktikaf Perdana

PUNCAK ALAM – Karnival Ramadhan Program Iktikaf Perdana Restu International College (RIC) anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 1 sehingga 3 Jun 2018 bertempat di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Seramai 21 pelajar dan 3 pensyarah kolej yang terlibat dalam program Iktikaf Perdana RIC tahun ini.

Antara program yang telah dijalankan oleh Pelajar Restu International College ialah Forum Nuzul Al-Quran bersama YBhg. Dato’ Sharhan bin Shafie dan Ustaz Haslin bin Baharin selaku Ahli Lembaga Penasihat Masjid Puncak Alam).

Pihak kolej juga ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang terlibat kerana berjaya menjalankan program dengan lancar dan teratur. Harap lebih banyak lagi program-program sebegini yang akan dianjurkan oleh MPP Restu International College.

Ketahui lebih lanjut mengenai program Diploma yang ditawarkan Restu International College www.restucollege.edu.my.

Program “Jom Ke Pangkor” 2018

Program Jom Ke Pangkor Restu International College

Assalamualaikum.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada semua pelajar jurusan Diploma di Restu International College yang menjayakan Program “Jom Ke Pangkor” pada 17 March 2018 (Sabtu) – 18 March 2018 (Ahad).

Saya sebagai pengarah program, mewakili pihak KeSIP ingin memohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan yang berlaku sepanjang program berlangsung.

Terima kasih sekali lagi atas kerjasama yang diberikan. Diharapkan program-program yang akan dianjurkan selepas ini akan terus mendapat sokongan daripada anda.

Syabas dan tahniah untuk semua!

Mohamad Syazmein B. Mohamad Shuhaini
(Presiden Islamic Art Pangkor Club Restu International College (KeSIP)

Isu & Gejala Kanak-Kanak: Program Anjuran Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Isu & Gejala Kanak-kanak merupakan program anjuran pelajar dari kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Islamik Restu International College. Program tersebut mengulaskan isu dan trend yang dihadapi oleh kanak-kanak masa kini dan bagaimana untuk seorang cikgu menangani masalah terkini.


Tempat : Student Lounge RESTU INTERNATIONAL COLLEGE (RIC)
Tarikh dan Masa: 21 April 2018 (9.00 a.m-12.00 p.m)
Jumlah Penyertaan : 56 Orang
Anjuran : Pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Islamik RIC


Antara tetamu jemputan untuk program ini adalah Puan Zakiah Binti Mat Rabee (Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Bahagian Pengurusan Kualiti dan Pensyarah Sambilan), Puan Zaiton Binti Zakaria (Bekas Pegawai Kementerian Pendidikan Bahagian Pra Sekolah), En. Muhammad Ghazawi Bin Zulkarnain (Pegawai Hal Ehwal Pelajar Restu International College), Pensyarah Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Restu International College, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar RIC dan Pelajar Ikatan Mahasiswa Prasekolah Unisel.

 

Program Majlis Iftar Jama’ie 2018 – Restu International College


Majlis Iftar Jama’ie Tahun 2018 Restu International College

Tarikh : 16 April 2018
Masa : 6.00 petang – 9.30 malam
Tempat : Restu International College
Anjuran : Mpp Restu


Tahniah dan syabas kepada Majlis Perwakilan Pelajar RIC diatas penganjuran Majlis Iftar tahun ini. Terima kasih kepada Ybhg Datuk Abdul Latiff, Yg Dihormati Prof Zaini, En.Khalid, Barisan Pensyarah, Kakitangan dan Pelajar RIC yang memberikan sumbangan serta hadir ke majlis ini.

Semoga majlis ini mendatangkan manfaat kepada semua yang warga RIC dan memperoleh keberkatan dr Allah. Semoga segala usaha ini mendatangkan kebaikkan disisi Allah.

Sekian, terima kasih.
HEP RIC

Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kolej Antarabangsa Restu Di Malaysia

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (KOLEJ ANTARABANGSA RESTU) DI MALAYSIA

Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak Islamik

Kolej Antarabangsa Restu (Restu International College) merupakan salah satu institusi di Malaysia yang menawarkan program Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak Islamik. Ia juga merupakan sebuah institusi pengajian di bawah naungan Yayasan Restu.

 

Mengenai Program Diploma (IECE)

Program ini bertujuan menghasilkan pelajar yang memahami pelbagai aspek berkaitan pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya seperti pengurusan kurikulum, psikologi kanak-kanak, pendekatan pendidikan kanak-kanak dan pendekatan agama Islam.

Selain itu, pelajar juga akan memahami aspek perkembangan fizikal dan sahsiah kanak-kanak, aspek kesihatan, keselamatan dan pemakanan, memahami kanak-kanak istimewa, kemahiran mengajar serta kemahiran mengurus dan memimpin program pendidikan awal kanak-kanak.

Pelajar akan didedahkan dengan pemahaman yang lebih mendalam kepada realiti tempatan, watak moral dan intelektual yang mempengaruhi perkembangan seorang kanak-kanak.

Apa yang menarik, Restu International College juga mempunyai formula tersendiri dalam mendidik guru pelatih kami. Dengan berbekalkan kurikulum berkualiti yang berorientasikan teori, hands-on, kerja lapangan dan kelas pengajian al-Quran yang dijalankan oleh Ustaz/Sheikh bersanaad.

 

Pengalaman Pelajar Pendidikan Awal Kanak-kanak di Kolej Antarabangsa Restu

“Program Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak di Kolej Antarabangsa Restu melatih anda untuk menjadi lebih berkemahiran. Serta menjadi seorang pengajar yang profesional serta berdedikasi dalam memberikan tunjuk ajar dan pendidikan agama yang terbaik kepada generasi muda”.

– Nadia Nor Edrina, Malaysia
 

Apa Kata Pensyarah DIECE Kolej Antarabangsa Restu?

“Kolej Antarabangsa Restu merupakan salah satu kolej yang menawarkan pendekatan Islamik. Ramai yang tertanya-tanya apakah perbezaannya antara pendekatan Islamik dengan pendekatan yang biasa. Bila kita mengatakan berkenaan dengan Islamik pasti kita akan kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah”.

– Pn. Raihan bt Nordin, Malaysia
 

Peluang Pekerjaan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak Islamik

Antara peluang pekerjaan untuk pelajar-pelajar selepas tamat pengajian adalah seperti:

  • Pensyarah
  • Pengusaha tadika dan taska
  • Usahawan dalam bidang pembangunan dan perkembangan kanak-kanak
  • Guru tadika
  • Guru Pra sekolah
  • Jurulatih pusat jagaan kanak-kanak

 

Pengambilan Pelajar bagi bulan April / Mei 2018 Kini Dibuka

Berminat untuk mempelajari program Diploma (IECE) di Kolej Antarabangsa Restu? Berita baik untuk pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian selepas SPM. Pengambilan pelajar bagi bulan April / Mei 2018 kini dibuka di Kolej Antarabangsa Restu!

Ibu bapa atau pelajar juga boleh menghubungi pihak pengurusan Kolej Antarabangsa Restu di talian HP: 013-3098851 / Office Tel: 603-50302520.

Daftar Secara Online  Apply Online

Muat turun brochure Program

Islamic Early Childhood Education

Diploma in Islamic Early Childhood Education